Thursday 20 October 2011

Profil Doktor



Dr. Kamesah binti Hj. OmarDr. Kamesah binti Hj. Omardilahirkan pada 22hb Oktober 1967 di Batu Pahat, Johor dan merupakan anak ke lapan daripada  tiga belas adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada Mei 1996 dan telah dikurniakan dengan lima orang cahayamata. Beliau telah menerima pendidikan dan berjaya mendapat ijazah MBBS dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dari tahun 1987 hingga 1992.
Beliau berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang perubatan bermula daripada Hospital Daerah Muar, Hospital Besar Johor Bahru, Hospital Kajang, Pusat Rawatan Islam (MAIS) Kajang dan Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd.
Walaubagaimanapun, pada November 2004 beliau telah meletak jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd. untuk meneruskan cita-cita beliau untuk membuka klinik sendiri.
Penubuhan PRI Medicare Sdn. Bhd. atau Pusat Rawatan Impianyang terletak di Saujana Impian, Kajang, Selangor merupakan titik permulaan bagi beliau dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, agama dan bangsa.


Pengalaman Perkhidmatan

  • 2009 - 2004
    • Doktor sepenuh masa di PRI Medicare Sdn. Bhd. (Pusat Rawatan Impian).
  • 2001 - 2004
    • Pegawai Perubatan sepenuh masa di Unit Pesakit Luar/Rawatan Am merangkap O&G di Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd. Selain itu, beliau bertanggungjawab atas Unit Farmasi.
  • 1997 - 2000
    • Pegawai Perubatan sepenuh masa di Unit Pesakit Luar merangkap doktor di unit O&G Pusat Rawatan Islam (MAIS) Kajang.
  • 1996 - Okt 1997
    • Pegawai Perubatan di Bahagian Pesakit Luar dan 'Casualty' Hospital Kajang.
  • 1994 - 1996
    • Bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
      • Unit O&G
        Beliau telah memohon untuk mejalani latihan intensif di Jabatan O&G, seksyen di mana kebanyakan pegawai perubatan akan cuba mengelak atau ditakuti kerana kesibukan unit tersebut. Selepas menjalani latihan selama empat minggu sebagai 'attachment MO' di bawah pengawasan Dr. Alex Matthew, beliau diserap sebagai Pegawai Perubatan tetap di Unit O&G dan diberi tanggungjawab untuk membantu doktor pakar. Beliau berkhidmat di unit tersebut selama sepuluh bulan sebelum ditukar ke unit lain.
      • Unit Pesakit Luar
        Bertugas di Unit Pesakit Luar selama sebulan.
      • Unit Ophthamology
        Bertugas di bawah pengawasan Dr. Kamala Devi selama 13 tahun bulan dan telah menyumbang tenaga untuk National Eye Survey di daerah Johor.
  • 1993 - 1994
    • Pegawai Perubatan di Jabatan Paediatrik Hospital Daerah Muar, Johor.
  • 1992 - 1993
    • Sebagai doktor siswazah di Hospital Muar, Muar, Johor.
    • Bertugas selama enam bulan di Unit Orthopedik di bawah pengawasan Mr. Christopher Anthony.
    • Bertugas selama tiga bulan di Unit Kanak-kanak di bawah pengawasan Dr. Chan Chin Foo.
    • Bertugas selama tiga bulan di Unit Perubatan di bawah pengawasan Dr. Nivedita.

No comments:

Post a Comment