Wednesday 19 October 2011

Latar Belakang Pusat Rawatan Impian


Pusat Rawatan Impian (PRI MEDICARE SDN. BHD.) merupakan sebuah klinik yang memberikan perkhidmatan poliklinik, perbidanan, pembedahan dan "anti-aging and total wellness". Ia telah mula beroperasi sejak 1hb April 2005 dan dikendalikan oleh Dr. Kamesah binti Hj Omar serta dibantu oleh beberapa rakan tenaga profesional dan kakitangan yang berwibawa.
Pusat Rawatan Impian terletak di No.17, Jalan Impian Perdana 1, Saujana Impian Resort Business Park, 43000 Kajang, Selangor.

Matlamat Penubuhan

  • Memberikan perkhidmatan profesional yang terbaik dan efisyen kepada pesakit serta memastikan perkhidmatan dan hubungan 'doktor-pesakit' yang berterusan.
  • Memberikan perhatian khusus pada mutu perkhidmatan dengan mengambil bayaran yang berpatutan dengan mengambil kira etika dan profesionalisme perubatan.
  • Memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkini.
  • Menyediakan laporan perubatan yang efisyen dan khidmat nasihat kepada majikan secepat mungkin apabila dikehendaki.

No comments:

Post a Comment